a charity and unity organization

Thursday, January 21, 2010

PERPADUAN




SILAT

Salam kpd semua ahli & pencinta silat..

Pada 19 Januari 2010 ( Selasa ), pada jam 5.30 ptg, En Shahid, selaku Pengurus PCS, telah melawat YM Mahaguru Dato’ Hj Omardin bin Mauju, yang juga merupakan Pengasas, Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia, di In
stitut Jantung Negara ( IJN ). Beliau telah diiringi oleh Jurulatih PCS, Saudara Aliff Iqmal.


Tujuan kedatangan beliau ke IJN, ialah untuk melawat YM Dato’ Hj Omardin, yang telah dimasukkan ke IJN, akibat masalah jantung. Beliau telah meluangkan masa, kira-kira setengah jam, untuk melihat sendiri keadaan Dato’, serta berbincang mengenai masa depan Silat, serta perlunya perpaduan, di antara semua perguruan silat, untuk membawa silat, ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

Menurut Dato’ Omardin, beliau amat terharu, serta berbesar hati dengan kunjungan daripada Pengurus PCS, yang juga merupakan wakil dari Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia ( PSGFM ), yang sanggup meluangkan masa melawat beliau di IJN. Walaupun berbeza perguruan, sifat kemanusiaan di antara ahli-ahli Silat, tetap menebal.

Ini kerana, pada hari-hari sebelumnya, ramai menteri-menteri kabinet, seperti Dato’ Seri Dr Rais Yatim, Tan Sri Muhammad bin Muhd Taib, Dato’ Mukhriz Mahathir, Khairy Jamaluddin, serta Timbalan Perdana Menteri sendiri, iaitu Dato’ Seri Muhyiddin Yassin, telah datang melawat beliau. Tun Abdullah bin Hj Ahmad Badawi ( Pak Lah ), juga telah datang berjumpa, serta bertanyakan keadaan kesihatan beliau.

YM Dato’ amat gembira, kerana dapat bertemu dgn Pengurus PCS, serta Saudara Aliff, yang merupakan anak didik dari rakan seangkatan beliau, iaitu Allahyarham Tuan Hj Anuar bin Abd Wahab, mantan Guru Utama PSGFM. Beliau juga meminta semua ahli-ahli silat, mendoakan kesihatan, dan kesejahteraan beliau.


Di kesempatan itu juga, En Shahid telah menghadiahkan buku ‘SILAT’, tulisan Allahyarham Tuan Hj Anuar bin Abd Wahab AMN, kepada YM Dato’ Omardin. YM Dato’ juga memberitahu, yang beliau akan memaklumkan kedatangan Pengurus PCS, kepada anaknya, iaitu Megat Zulkarnain, yang juga merupakan Setiausaha Agung, Persekutuan Silat Kebangsaan ( PESAKA ). YM Dato’ mahukan PESAKA sama-sama membantu semua perguruan Silat, di Malaysia. YM Dato’ juga mahu lapisan muda generasi Silat agar bekerjasama, dalam memartabatkan Silat Malaysia.

Sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan, dan kebaikan untuk beliau.

oleh
-Guru Nizam Shapie-
www.pusatcemerlangsilat.com

No comments:

Post a Comment