a charity and unity organization

Tuesday, March 9, 2010

111

Merujuk kepada nama organisasi ini Organisasi111, persoalan tentang makna nama ini sering timbul. Jika mengambil keadaan tempat organisasi ini ditubuhkan, maka mengambil simbolik 111 ini sebagai rujukan kepada tiga bangsa utama di Malaysia iaitu Melayu dan Bumiputera, Cina dan India. Sekaligus simbol 111 membawa maksud perpaduan. Tetapi organisasi ini tidak akan bermakna dimata dunia jika mengambil kepentingan tiga kaum ini sahaja jika dibandingkan dengan bilangan kaum diseluruh dunia. Jadi, penerangan tentang simbol 111 ini sebenarnya memang lebih meluas dan masih ianya bermaksudkan tentang perpaduan. Simbol 111 ini mengambil rujukan sebagai '1' adalah satu individu. Maka, secara literal ianya bermaksud satu individu, satu individu dan satu individu. Penerangan tentang tiga individu ini adalah bermaksud metafora. Sebagai seorang individu, kita menggelarkan diri kita adalah seorang individu, dan kita adalah individu yang pertama jika kita berkata-kata seperti secara linguistik kita akan menggunakan kata ganti diri pertama apabila menyatakan sesuatu yang merujuk pada diri kita sendiri. Seterusnya, apabila kita melakukan satu interaksi dengan individu yang lain, maka individu itu akan dirujuk sebagai individu kedua oleh kita. Maka, orang yang berada di sekitar kita, tidak kiralah berapakah bilangan mereka dipersekitaran kita tetap akan menganggap mereka sebagai individu ketiga kerana tiada terma individu ke-empat atau ke-lima. Jadi, peranan individu satu, dua dan tiga adalah melengkapi seluruh dunia yang mengambil individu pertama sebagai diri kita sendiri, individu kedua adalah orang yang berinteraksi dengan kita atau keluarga serta kenalan kita, dan individu ketiga adalah orang disekitar kita, diseluruh dunia mahupun yang tidak kita kenali. Jadi simbol 111 adalah bermaksud individu satu, dua dan tiga dihimpunkan didalam satu konteks atau perkataan dan simbol ini secara tersirat menunjukkan makna 'perpaduan seluruh dunia'. Dengan ini, sekilas kata, saya ingin mengajak kawan-kawan sekalian untuk melihat visi saya ini dan bersama-sama mengorak langkah ke arahnya. Sekian.

Thursday, January 21, 2010

PERPADUAN




SILAT

Salam kpd semua ahli & pencinta silat..

Pada 19 Januari 2010 ( Selasa ), pada jam 5.30 ptg, En Shahid, selaku Pengurus PCS, telah melawat YM Mahaguru Dato’ Hj Omardin bin Mauju, yang juga merupakan Pengasas, Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia, di In
stitut Jantung Negara ( IJN ). Beliau telah diiringi oleh Jurulatih PCS, Saudara Aliff Iqmal.


Tujuan kedatangan beliau ke IJN, ialah untuk melawat YM Dato’ Hj Omardin, yang telah dimasukkan ke IJN, akibat masalah jantung. Beliau telah meluangkan masa, kira-kira setengah jam, untuk melihat sendiri keadaan Dato’, serta berbincang mengenai masa depan Silat, serta perlunya perpaduan, di antara semua perguruan silat, untuk membawa silat, ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

Menurut Dato’ Omardin, beliau amat terharu, serta berbesar hati dengan kunjungan daripada Pengurus PCS, yang juga merupakan wakil dari Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia ( PSGFM ), yang sanggup meluangkan masa melawat beliau di IJN. Walaupun berbeza perguruan, sifat kemanusiaan di antara ahli-ahli Silat, tetap menebal.

Ini kerana, pada hari-hari sebelumnya, ramai menteri-menteri kabinet, seperti Dato’ Seri Dr Rais Yatim, Tan Sri Muhammad bin Muhd Taib, Dato’ Mukhriz Mahathir, Khairy Jamaluddin, serta Timbalan Perdana Menteri sendiri, iaitu Dato’ Seri Muhyiddin Yassin, telah datang melawat beliau. Tun Abdullah bin Hj Ahmad Badawi ( Pak Lah ), juga telah datang berjumpa, serta bertanyakan keadaan kesihatan beliau.

YM Dato’ amat gembira, kerana dapat bertemu dgn Pengurus PCS, serta Saudara Aliff, yang merupakan anak didik dari rakan seangkatan beliau, iaitu Allahyarham Tuan Hj Anuar bin Abd Wahab, mantan Guru Utama PSGFM. Beliau juga meminta semua ahli-ahli silat, mendoakan kesihatan, dan kesejahteraan beliau.


Di kesempatan itu juga, En Shahid telah menghadiahkan buku ‘SILAT’, tulisan Allahyarham Tuan Hj Anuar bin Abd Wahab AMN, kepada YM Dato’ Omardin. YM Dato’ juga memberitahu, yang beliau akan memaklumkan kedatangan Pengurus PCS, kepada anaknya, iaitu Megat Zulkarnain, yang juga merupakan Setiausaha Agung, Persekutuan Silat Kebangsaan ( PESAKA ). YM Dato’ mahukan PESAKA sama-sama membantu semua perguruan Silat, di Malaysia. YM Dato’ juga mahu lapisan muda generasi Silat agar bekerjasama, dalam memartabatkan Silat Malaysia.

Sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan, dan kebaikan untuk beliau.

oleh
-Guru Nizam Shapie-
www.pusatcemerlangsilat.com

Thursday, January 7, 2010

KITAR SEMULA

Program Kitar Semula

Kitar semula ialah proses memperolehi atau menjadikan sebahagian atau semua bahan daripada sampah untuk di guna semula. Proses terawal di dalam program kitar semula ialah mengasingkan jenis-jenis sampah yang dipungut. Cara paling mudah untuk melaksanakan kitar semula ini adalah dengan hanya menghantar barangan yang dikumpulkan untuk kitar semula ke pusat kitar semula yang terdapat di seluruh negara. Proses yang lain akan dijalankan oleh pihak-pihak tertentu.

Di sinilah tempat di mana anda boleh membawa sejumlah besar barangan yang boleh dikitar semula. Selain daripada pengumpulan barang-barang yang dikitar semula, terdapat juga pusat-pusat jualan yang dibuka untuk membeli barangan terpakai, dan ini dikendalikan oleh beberapa NGO yang membantu mempromosikan program kitar semula ini.

Sampah yang boleh dikitar semula terdiri daripada kaca, aluminium, kertas dan plastik. Jenis-jenis sampah ini dapat dibuang di dalam tong khas yang di sediakan. Setiap warna tong mewakili jenis sampah seperti kaca di dalam tong coklat, kertas di dalam tong biru, plastik dan aliminium di dalam tong jingga.

Perlunya kita kitar semula untuk memelihara ruang hidup kita. Pada masa ini terdapat kira-kira 230 tapak pelupusan sampah di Malaysia. Setiap satunya berkeluasan antara 20 hingga 150 ekar, bergantung pada lokasi dan jumlah sampah ynag dibuang. Sebaik sahaja sebuah tapak pelupusan sampah dipenuhi sampah, tapak baru akan dibuka. Lambat laun, tapak-tapak ini akan berkembang dan menular mencerobohi ruang hidup kita.

SETIAP HARI KITA MENGHASILKAN 15,000 TAN SAMPAH, TETAPI KITA SEMAKIN KESEMPITAN RUANG UNTUK MENAMPUNGNYA. Kita biasanya tidak memirkirkan di manakah sampah sarap kita dibuang atau apakah yang terjadi kepadanya sebaik sahaja ia dipungut. Hakikatnya lori sampah tidak dapat menghapuskannya begitu sahaja. Ia biasanya akan diangkut ke tapak pelupusan sampah.

Kapasiti tapak pelupusan sampah kita semakin terhad. Di masa yang sama kita terpaksa menghabiskan jutaan ringgit untuk mengangkut dan melupuskan sampah. Lebih membimbangkan lagi, kini timbul rungutan tentang pencemaran, resapan bahan kimia ke dalam sumber air bawah tanah dan isu isu keselamatan yang berkaitan.
Sudah tiba masanya kita menangani masalah ini sebelum terlewat. Fikir dulu sebelum buang. Jadikan amalan mengitar semula sebagai sebahagian hidup kita


Wednesday, January 6, 2010

KESIHATAN

Senaman




Latihan fizikal adalah segala aktiviti tubuh yang meningkatkan atau mengekalkan kecergasan fizikal dan kesihatan secara keseluruhan.
Hal ini dilakukan untuk berbagai alasan. Ini termasuklah menguatkan otot-otot dan sistem kardiovaskular, mengasah keterampilan atletik, penurunan berat badan atau pemeliharaan dan untuk kesenangan. Latihan fizikal yang kerap dan konsisten dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh, dan membantu mencegah "penyakit kekayaan/kemewahan" seperti penyakit jantung, penyakit kardiovaskuler, diabetes dan obesiti.

Senaman juga meningkatkan kesihatan mental, membantu mencegah kemurungan, membantu
untuk melahirkan atau mengekalkan keyakinan diri yang positif, dan bahkan boleh meningkatkan daya tarikan seks individu. Obesiti di dalam kalangan kanak-kanak/remaja yang berkembang/meningkat dengan mendadak menjadi kerisauan global. Latihan fizikal boleh membantu mengurangkan impak obesiti di negara maju

Tuesday, January 5, 2010

PERPADUAN

JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional(JPNIN), Jabatan Perdana Menteri telah ditubuhkan pada 1 Julai 1969 sebagai Jabatan Perpaduan Negara. Berikut adalah sejarah tentang JPNIN



1 Julai 1969

Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara (Jabatan Perdana Menteri)

1972

Kementerian Perpaduan Negara

1974

Lembaga Perpaduan Negara (Jabatan Perdana Menteri)

1980

Jabatan Rukun Tetangga dan Perpaduan Negara (Jabatan Perdana Menteri)

1983

Jabatan Perpaduan Negara (Jabatan Perdana Menteri)

1990

Jabatan Perpaduan Negara (Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat)

2004

Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional (Jabatan Perdana Menteri)

2008

Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional (Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian & Warisan)

April 2009

Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional (Jabatan Perdana Menteri)

KEBAJIKAN

Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia


Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKMM) telah ditubuhkan dalam tahun 1946. Di dalam jangkamasa 57 tahun, JKMM telah mengalami evolusi dalam memenuhi peranannya di dalam pembangunan negara. Bermula dengan penglibatan menangani pelbagai masalah yang timbul akibat Perang Dunia Kedua, peranan dan fungsi Jabatan ini telah berkembang kepada perkhidmatan pencegahan dan pemulihan dalam isu-isu sosial serta pembangunan masyarakat. Sebagai salah satu agensi kerajaan yang memainkan peranan penting dalam pembangunan sosial, ia telah di tempatkan di bawah beberapa Kementerian:


1946 - 1951
Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaya

1952 - 1955
Kementerian Perusahaan dan Perhubungan Sosial

1956 - 1957
Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Masyarakat

1958 - 1959
Kementerian Buruh dan Kebajikan Masyarakat

1960 - 1962
Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Masyarakat

1963
Kementerian Buruh dan Kebajikan Masyarakat

1964
Jabatan Kebajikan Masyarakat telah dipertingkatkan kepada Kementerian Kebajikan Am. Skop perkhidmatan diperluaskan dan struktur organisasi dimantapkan.

1982
Kementerian Kebajikan Am ditukarkan nama kepada Kementerian Kebajikan Masyarakat Malaysia. Perkhidmatan pembangunan sosial diperkukuhkan dengan pengwujudan perkhidmatan perkembangan sosial.

1990
Kementerian Kebajikan Masyarakat Malaysia ditukarkan kepada Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat mulai 27 Oktober. Jabatan Kebajikan Masyarakat merupakan salah satu Jabatan di bawah Kementerian tersebut. Kini JKMM adalah salah satu jabatan kerajaan yang memainkan peranan penting dalam pembangunan sosial ke arah mewujudkan masyarakat penyayang dan masyarakat maju selaras dengan Wawasan 2020.

2004
Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat telah digabungkan dengan Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga dengan nama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Jabatan Kebajikan Masyarakat merupakan salah satu Jabatan di bawah Kementerian tersebut.

ALAM SEKITAR

Zoo Negara Malaysia









Zoo Negara Malaysia diuruskan oleh Pertubuhan Zoologi Malaysia, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan untuk mencipta zoo tempatan pertama untuk Malaysia. Zoo Negara sekarang sudah 46 tahun dan telah berkembang menjadi sebuah zoo yang terkenal di seluruh dunia. Kami memiliki lebih dari 5137 ekor jumlah binatang daripada 459 spesies mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan.

Zoo Negara meliputi 110 ekar tanah yang terletak hanya 5 kilometer dari bandar Kuala Lumpur. Selama bertahun-tahun, Zoo Negara telah mengubah dirinya ke sebuah zoo dengan konsep terbuka lebih daripada 90% daripada haiwan disimpan dalam pameran yang luas dengan pemandangan yang sesuai persekitarannya. Kami bekerja dalam memastikan bahawa konsep zoo tua berubah sepenuhnya.

KESIHATAN

Pusat Darah Negara

Pusat Darah Negara (PDN) yang terletak di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur adalah sebuah organisasi yang bertanggungjawab merancang serta memperkembangkan perkhidmatan trasfusi darah di peringkat wilayah dan kebangsaan.

PDN memberikan perkhidmatan kepakaran di dalam bidang Perolehan dan Pendermaan Darah, Transfusi Perubatan, Platelet Serologi, Tranfusi Mikrobologi, Hematologi, Immunohematologi, Produksi dan Fraksinasi, Hemostasis, Inventori, Histokompatibiliti dan Immunogenetik, Hemofilia, Kualiti/ Biokimia, Darah Tali Pusat dan Pendidikan Kesihatan.

Pada peringkat Wilayah Tengah, PDN bertanggungjawab mengumpul, memproses dan membekalkan darah dan produk-prooduk darah untuk kegunaan pesakit di hospital-hospital kerajaan dan swasta bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. PDN turut bertanggungjawab memproses dan menjalankan ujian saringan darah bagi seluruh negeri Selangor, Negeri Sembilan dan juga Pahang Barat.

Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dan memastikan anggota PDN mendapat latihan dan pembelajaran yang berterusan, PDN telah menganjurkan dan memberikan latihan di peringkat dalaman, kebangsaan dan antarabangsa melalui kursus, seminar, bengkel dan konferen.

PDN turut memberikan khidmat latihan kepada anggota di hospital daerah, hospital negeri, pelatih Juruteknologi Makmal Perubatan (JTMP), Pegawai Perubatan, Pegawai Sains dan pelatih Siswazah Lanjutan Perubatan serta pelajar-pelajar dari Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan swasta.

PDN juga telah mendapat pengiktirafan akreditasi dari NATA (National Association of Testing Authorities), Australia bagi piawaian ISO/IEC 17025. Diharap dengan pengiktirafan ini pelanggan akan lebih yakin dengan perkhidmatan dan hasil darah yang dibekalkan dari aspek kualiti dan keselamatan.

KITAR SEMULA

Kempen Kitar Semula Bateri Telefon Bimbit Terpakai