a charity and unity organization

Thursday, January 7, 2010

KITAR SEMULA

Program Kitar Semula

Kitar semula ialah proses memperolehi atau menjadikan sebahagian atau semua bahan daripada sampah untuk di guna semula. Proses terawal di dalam program kitar semula ialah mengasingkan jenis-jenis sampah yang dipungut. Cara paling mudah untuk melaksanakan kitar semula ini adalah dengan hanya menghantar barangan yang dikumpulkan untuk kitar semula ke pusat kitar semula yang terdapat di seluruh negara. Proses yang lain akan dijalankan oleh pihak-pihak tertentu.

Di sinilah tempat di mana anda boleh membawa sejumlah besar barangan yang boleh dikitar semula. Selain daripada pengumpulan barang-barang yang dikitar semula, terdapat juga pusat-pusat jualan yang dibuka untuk membeli barangan terpakai, dan ini dikendalikan oleh beberapa NGO yang membantu mempromosikan program kitar semula ini.

Sampah yang boleh dikitar semula terdiri daripada kaca, aluminium, kertas dan plastik. Jenis-jenis sampah ini dapat dibuang di dalam tong khas yang di sediakan. Setiap warna tong mewakili jenis sampah seperti kaca di dalam tong coklat, kertas di dalam tong biru, plastik dan aliminium di dalam tong jingga.

Perlunya kita kitar semula untuk memelihara ruang hidup kita. Pada masa ini terdapat kira-kira 230 tapak pelupusan sampah di Malaysia. Setiap satunya berkeluasan antara 20 hingga 150 ekar, bergantung pada lokasi dan jumlah sampah ynag dibuang. Sebaik sahaja sebuah tapak pelupusan sampah dipenuhi sampah, tapak baru akan dibuka. Lambat laun, tapak-tapak ini akan berkembang dan menular mencerobohi ruang hidup kita.

SETIAP HARI KITA MENGHASILKAN 15,000 TAN SAMPAH, TETAPI KITA SEMAKIN KESEMPITAN RUANG UNTUK MENAMPUNGNYA. Kita biasanya tidak memirkirkan di manakah sampah sarap kita dibuang atau apakah yang terjadi kepadanya sebaik sahaja ia dipungut. Hakikatnya lori sampah tidak dapat menghapuskannya begitu sahaja. Ia biasanya akan diangkut ke tapak pelupusan sampah.

Kapasiti tapak pelupusan sampah kita semakin terhad. Di masa yang sama kita terpaksa menghabiskan jutaan ringgit untuk mengangkut dan melupuskan sampah. Lebih membimbangkan lagi, kini timbul rungutan tentang pencemaran, resapan bahan kimia ke dalam sumber air bawah tanah dan isu isu keselamatan yang berkaitan.
Sudah tiba masanya kita menangani masalah ini sebelum terlewat. Fikir dulu sebelum buang. Jadikan amalan mengitar semula sebagai sebahagian hidup kita


No comments:

Post a Comment