a charity and unity organization

Tuesday, March 9, 2010

111

Merujuk kepada nama organisasi ini Organisasi111, persoalan tentang makna nama ini sering timbul. Jika mengambil keadaan tempat organisasi ini ditubuhkan, maka mengambil simbolik 111 ini sebagai rujukan kepada tiga bangsa utama di Malaysia iaitu Melayu dan Bumiputera, Cina dan India. Sekaligus simbol 111 membawa maksud perpaduan. Tetapi organisasi ini tidak akan bermakna dimata dunia jika mengambil kepentingan tiga kaum ini sahaja jika dibandingkan dengan bilangan kaum diseluruh dunia. Jadi, penerangan tentang simbol 111 ini sebenarnya memang lebih meluas dan masih ianya bermaksudkan tentang perpaduan. Simbol 111 ini mengambil rujukan sebagai '1' adalah satu individu. Maka, secara literal ianya bermaksud satu individu, satu individu dan satu individu. Penerangan tentang tiga individu ini adalah bermaksud metafora. Sebagai seorang individu, kita menggelarkan diri kita adalah seorang individu, dan kita adalah individu yang pertama jika kita berkata-kata seperti secara linguistik kita akan menggunakan kata ganti diri pertama apabila menyatakan sesuatu yang merujuk pada diri kita sendiri. Seterusnya, apabila kita melakukan satu interaksi dengan individu yang lain, maka individu itu akan dirujuk sebagai individu kedua oleh kita. Maka, orang yang berada di sekitar kita, tidak kiralah berapakah bilangan mereka dipersekitaran kita tetap akan menganggap mereka sebagai individu ketiga kerana tiada terma individu ke-empat atau ke-lima. Jadi, peranan individu satu, dua dan tiga adalah melengkapi seluruh dunia yang mengambil individu pertama sebagai diri kita sendiri, individu kedua adalah orang yang berinteraksi dengan kita atau keluarga serta kenalan kita, dan individu ketiga adalah orang disekitar kita, diseluruh dunia mahupun yang tidak kita kenali. Jadi simbol 111 adalah bermaksud individu satu, dua dan tiga dihimpunkan didalam satu konteks atau perkataan dan simbol ini secara tersirat menunjukkan makna 'perpaduan seluruh dunia'. Dengan ini, sekilas kata, saya ingin mengajak kawan-kawan sekalian untuk melihat visi saya ini dan bersama-sama mengorak langkah ke arahnya. Sekian.

No comments:

Post a Comment